Sabtu, 22 Disember 2012

Petua Menurunkan Berat Badan - Air


Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan 'supplement' atau pembedahan.

Petua turunkan berat badan dengan air kosong

1)Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml = (40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml

contoh pengiraan: Berat badan Ali ialah 75kg. (40 X 75)+ 500 = 3620 ml Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.

2) Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.

contoh: Ali minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ali perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.

Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil 500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.

berikut adalah kelebihan minum air kosong

1) Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang. 2) Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak. 3) Mengatasi masalah sembelit dan buasir.

Petua Mengubati Bisul


Untuk mengubati bisul, bolehlah cuba mana-mana petua di bawah:

1) Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.
2) Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.
3) Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.
4) Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

Petua Membersih dan Mengilatkan Cermin


Cubalah salah satu petua berikut untuk membersih dan mengilatkan cermin muka di rumah.

1) Masukkan satu sudu cuka dan sedikit air di dalam bekas penyembur. Sembur cermin dengan air cuka dan lap dengan kain lembut yang tidak berbulu hingga berkilat.

2) Basahkan sehelai surat khabar. Tabur sedikit bedak pada surat khabar dan gunakannya untuk mengelap cermin. Ulang beberapa kali sehingga puas hati.

Petua Berhenti Merokok


Mahu berhenti merokok? Lakukan amalan berikut... InsyaAllah berjaya...

 1. Melengah-lengah Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti” setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok. 8. Memohon Doa Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

Petua Hilangkan Bau Mulut / Petua Hilangkan Nafas Berbau


Anda menghadapi masalah mulut berbau / nafas berbau ? Perkara ini memang membuatkan kita berasa malu unuk bercakap dengan orang ramai. Cubalah amalkan mana-mana petua mudah di bawah ini, insyaAllah dapat mengatasi masalah mulut berbau / nafas berbau dengan berkesan.

1) Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

2) Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga 3/4 tinggi periuk Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarka sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

3)Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam seama 5 minit. Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.

4) Ambil beberapa helai daun sirih. Ramas hingga keluar jusnya. Masukkan ke dalam air kosong dan kacau hingga sebati. Tapis dan minum. Amalkan setiap hari

5)Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam segelas air suam. Biarkan selama 5 minit dan kumur dengan air itu. Amalakan 2 kali sehari setiap hari.

6)Kunyah sebatang kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam.

Petua Hilangkan Bau Badan - Petua Orang Tua


Bau badan yang tidak menyenangkan amat memalukan. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Hampas Teh Gosok hampas teh yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 15 minit dan kemudian mandi. Amalkan 3 kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau dengan Badan Hampas kelapa Gosok hampas kelapa yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Beras Ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan campurkan dengan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas atau mandi.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Tawas Ambil seketul tawas dan gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari. atau Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras dan gaul rata. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan semalaman. Kemudian bilas atau mandi. Amalkan setiap hari sehingga berpuas hati.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Daun Sirih dan Daun Nanas Muda Rebus sama banyak daun sirih dan daun nanas muda bersama dengan sedikit garam sehingga air rebusan menjadi separuh. Minum air rebusan ini setiap hari selama seminggu dan rasailah hasilnya.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Timun Muda Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Serai Wangi, Daun Jambu, Daun Lengkuas dan Daun Pandan Ambil secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan air sehingga terendam sepenuhnya. Rebus sehingga mendidih. Campurkan air rebusan dengan sebaldi air bersih. Jadikan air ini sebagai bilasan akhir ketika mandi. Amalkan tiga kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Batang Pokok Kantan Potong batang pokok kantan pendek-pendek dan tumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih. Gunakan air rebusan sebagai air mandian. Bilas akhir mandian dengan air bersih biasa.

Petua Melebatkan Rambut


Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional.

Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya.

Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.

Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu.

Untuk mengekalkan rambut lebat dan elak dari gugur, amalkan tips ini:

- Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda. - Gunakan sikat rambut bergigi jarang. - Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Sama juga untuk wanita bertusung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memamakai tudung.

PETUA MUDAH MENGHILANGKAN RASA SAKIT KEPALA


Rasa sakit kepala sememang amat menyakitkan dan membosankan mungkin sebelum ini kita pernah terbaca petua dan cara-cara untuk menghilangkan rasa sakit kepala seperti :

Minum Air Kosong/ Air limau - Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi) atau kekurangan air didalam tubuh. Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, banyakan meminum air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

Jangan mengambil makanan atau minuman tertentu jika anda rasa boleh menyebabkan terjadinya alahan rasa sakit kepala anda seperti kopi seumpamanya dan makanan yang berbakar atau bersalai.

Disini juga ada sedikit perkongsian petua yang baik untuk dikongsikan bersama bagi mengurangkan rasa sakit kepala ini.

Jika anda mandi setiap hari, amalkan membasuh / menjirus kaki terlebih dahulu daripada lutut kebawah.

Jika anda memakai kain batik / pelikat jangan di amalkan menyarungnya daripada kepala, sebaiknya dimasukan daripada kaki.

Jangan selalu menyusuk dibawah ampaian atau dibawah rumah.

Sekiranya amalan dan petua diatas dapat diamalkan insyaallah rasa sakit kepala anda akan berkurangan. U/p juga petua bukan boleh dilihat kebaikannya sesekali dua sahaja membuatnya. Memerlukan masa yang panjang dan dijadikan amalan seharian.

Tips mudah untuk menghilangkan Sakit Kepala - Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air. Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam atau cara lain ambil garam kasar 1kg, segenggam lada hitam, segenggam kacang hijau dicampurkan kemudian dipijak-pijak (alaslah dengan kain) buat di waktu pagi dan petang sambil membaca sekurang-kurangnya berselawat bebarapa kali.

AAP - Semoga segala petua dan amalan diatas dapat dijadikan amalan bagi mengurangkan rasa sakit kepala daripada berlarutan dan berterusan.

Wassalam, Wa'allahhualam

Petua Merawat Bengkak Gusi Sakit Gigi Dan Pecah Mulut


Kebiasaannya apabila berhadapan dengan masalah sakit gigi, adakalanya ada segelintir daripada kita akan mendapati gusi menjadi bengkak dan kelihatan merah-kemerahan. Punca terjadinya gusi bengkak itu lazimnya disebabkan kekurangan vitamin C atau kurang menggosok gigi yang akhirnya mengakibatkan infeksi. Moralanya selalulah mencuci gigi dan mulut anda.

Ada juga individu yang tidak menyedari gusinya bengkak walaupun tidak berasa sakit. Namun, jika dibiarkan berlarutan tentunya akan menyebabkan rasa amat tidak selesa terutama waktu hendak menjamu sebarang makanan.
Petua pertama : Yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah gusi merah dan bengkak ialah dengan berkumur dengan air garam atau menyapu gusi yang kelihatan bengkak dengan garam untuk meredakan keadaan.

Petua kedua : Berkumur dengan air kunyit. Caranya ialah rendam kunyit hidup dan gambir dalam air panas yang mendidih. Biarkan beberapa ketika agar air rendaman itu menyejuk dengan sendiri. Bila dah agak suam-suam kuku tu berkumurlah dengan air rendaman tersebut sebanyak dua atau tiga kali sehari. Biasanya dalam tempoh tak sampai seminggu bengkak pada gusi tu akan beransur surut dan sembuh. Petua diatas sesuai juga bagi mereka yang sedang mengalami sakit gigi. Sumber : Melayukini.net

AAP - Setiap penyakit tentu ada ubatnya berusahalah... insyaallah akan sembuh dengan izinnya jua.

Wassalam, Wa'allahhualam.

Oat Hilangkan Jeragat.

Suka makan oat tak? Kalau ada masalah jeragat, boleh cuba petua ini:

1. Tumbuk segenggam oat sehingga halus.
2. Campurkan dengan putih telur.
3. Sapukan 'adunan' tadi pada wajah mulus kita.
4. Selepas suku jam, bolehlah cuci wajah mulus kita itu.

*Disyorkan agar wajah mulus kita dalam keadaan bersih sebelum ditepek dengan 'adunan' oat ini. Boleh guna oat expired tak?

Petua ini juga boleh haluskan wajah, kata Puan Salmah Harun yang berasal dari Perak ini.

Petua Menghilangkan Jerawat Dengan Belimbing Buluh


Ramai yang mengalami masalah jerawat ini dan sukar untuk menghilangkan. Bagaimanapun untuk yang tercari-cari petua untuk menghilangkan jerawat, boleh cuba petua menghilangkan jerawat menggunakan buah belimbing buluh.

Cara-caraya kisarkan daun dan buah belimbing buluh beserta sedikit tepung beras. Gunakan bancuhan tersebut sebagai masker dan sapukan pada wajah pada setiap malam. Lakukan tiga hingga empat kali seminggu. Hasilnya wajah anda bebas daripada kemunculan jerawat.

PeTuA 'AWET MUDA' cara Islam

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.

Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi.
Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.

Khamis, 20 Disember 2012

Cara pasang Auto Read more

Jika anda sedang mencari bagaimana untuk meletakkan read more pada blog anda,disini saya akan tunjukan cara baru membuat Read More.Perkataan Read more atau baca seterusnya adalah biasa terdapat pada mana blog dan web.Tapi kali ini agak berbeza dengan yang terdahulu kerana sistem auto Read More kali ini,kita tidak perlu lagi menulis kod sebelum posting seperti
dan sebahagian lagi setelah
kerana dengan sistem auto read more ini semua posting kita akan terpotong dengan sendirinya. Selain itu juga sekiranya terdapat gambar dalam posting,ia terpapar dalam bentuk thumbnail pada halaman hadapan secara Automatik,tanpa perlu menukar apa apa setting lagi.

dibawah ini adalah contoh paparan Auto read more ini:

Sekiranya anda ingin memasang Auto Readmore Versi terbaru ini.Ikutilah langkah langkah dibawah ini:

Nota : Jika anda pernah memasang read more sebelum ini ,anda perlu kembalikan ia seperti asal.Caranya ialah dengan Klik menu Layout dan pilih Edit HTML.Tandakan pada Expand Template Widget.Setelah itu delete kod read more lama anda yang berwarna hijau seperti dibawah ini :

<div class='post-header-line-1'/>
<div class='post-body'>

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>

<style>.fullpost{display:inline;}</style>

<p><data:post.body/></p>

<b:else/>

<style>.fullpost{display:none;}</style>

<p><data:post.body/></p>

<a expr:href='data:post.url'>Readmore</a>

</b:if>

<div style='clear: both;'/>


Seterusnya ikuti langkah berikut:

1. Setelah anda login ke blogger, seterusnya masuk kemenu Layout dan pilih Edit HTML. Klik pada kotak"expand widget template" dan cari kod .2. Copy dan paste kod dibawah ini tepat di atas kod yang anda cari tadi.

<script type='text/javascript'>
var thumbnail_mode = "float";
summary_noimg = 250;
summary_img = 250;
img_thumb_height = 120;
img_thumb_width = 120;

</script>


<script type='text/javascript'>

//<![CDATA[

/******************************************

Auto-readmore link script, version 2.0 (for blogspot)

(C)2008 by Anhvo

visit http://en.vietwebguide.com to get more cool hacks 

********************************************/

function removeHtmlTag(strx,chop){ 

if(strx.indexOf("<")!=-1)

{

var s = strx.split("<"); 

for(var i=0;i<s.length;i++){ 

if(s[i].indexOf(">")!=-1){ 

s[i] = s[i].substring(s[i].indexOf(">")+1,s[i].length); 





strx = s.join(""); 

}

chop = (chop < strx.length-1) ? chop : strx.length-2; 

while(strx.charAt(chop-1)!=' ' && strx.indexOf(' ',chop)!=-1) chop++; 

strx = strx.substring(0,chop-1); 

return strx+'...'; 

}

function createSummaryAndThumb(pID){

var div = document.getElementById(pID);

var imgtag = "";

var img = div.getElementsByTagName("img");

var summ = summary_noimg;

if(img.length>=1) { 

imgtag = '<span style="float:left; padding:0px 10px 5px 0px;"><img src="'+img[0].src+'" width="'+img_thumb_width+'px" height="'+img_thumb_height+'px"/></span>';

summ = summary_img;
}


var summary = imgtag + '<div>' + removeHtmlTag(div.innerHTML,summ) + '</div>';

div.innerHTML = summary;

}

//]]>

</script>


3. kemudian anda cari kod <data:post.body/>. bila anda jumpa kod tersebut. gantikan, kod  <data:post.body/> dengan kod dibawah ini.


<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>

<div expr:id='"summary" + data:post.id'><data:post.body/></div>

<script type='text/javascript'>createSummaryAndThumb("summary<data:post.id/>");</script>

<span class='rmlink' style='float:left'><a expr:href='data:post.url'>READ MORE- <data:post.title/></a></span>

</b:if>

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><data:post.body/></b:if>

4.Kemudian klik save 5. Selesai.

Nota: : Kod yang mempuyai cetak tebal(bold) dan berwarna hijau, pada kod diatas mempunyai maksud seperti berikut.

var thumbnail_mode = "float"; (menunujukkan posisi gambar thumbnail pada kedudukan di sebelah kiri.

summary_noimg = 250; (menunjukkan berapa banyak huruf yang akan dipaparkan dalam posting anda tanpa gambar)gantikan mengikut keinginan anda) img_thumb_height = 120; (ukuran tinggi gambar yang akan dipaparkan) img_thumb_width = 120; (ukuran lebar gambar yang akan dipaparkan) READ MORE = gantikan dengan perkataan seperti baca seterus nya,baca lagi,seterunya dll.

img_thumb_height = 120; (ukuran tinggi gambar yang akan dipaparkan)
img_thumb_width = 120; (ukuran lebar gambar yang akan dipaparkan)
READ MORE = gantikan dengan perkataan seperti baca seterus nya,baca lagi,seterunya dll.

Cara letak banner iklan


Mungkin pada permulaan membuat Blog anda cuma suka suka sahaja.tapi bila dah lama dan ramai pengunjung mungkin teringin juga nak letakkan iklan.Mula mula nuffnang lepas tu letakkan iklan sendiri dapat la juga kos untuk bayar domain hosting atau lain lain perbelanjaan.

Kali ini saya ingin tunjukkan bagaimana hendak memasukkan banner iklan.Ia boleh diletakkan dimana mana kerana anda anda cuma perlu masukkan pada widget sahaja.oklah...berikut ini adalah cara bagaimana nak letakkan banner bersaiz 125X125 pada blog anda.

Dibawah adalah kod yang perlu anda copy dan paste pada HTML/Javascript widget.

<div align="center"> 
<table border="0"  cellpadding="2" cellspacing="6" width="265" bgcolor="#ffffff"> 
<tbody><tr> 
<td><center><a href="LETAK URL PENGIKLAN" rel="nofollow"><img border="0" alt="LETAK MAKLUMAT IKLAN" width="125" src="LETAK URL  BANNER DISINI" height="125"/></a></center></td> 
<td><center><a href="LETAK URL PENGIKLAN" rel="nofollow"><img border="0" alt="LETAK MAKLUMAT IKLAN" width="125" src="LETAK URL BANNER DISINI" height="125"/></a></center></td> 
</tr> 
<tr>
<td><center><a href="LETAK URL PENGIKLAN" rel="nofollow"><img border="0" alt="LETAK MAKLUMAT IKLAN" width="125" src="LETAK URL BANNER DISINI" height="125"/></a></center></td> 
<td><center><a href="LETAK URL PENGIKLAN" rel="nofollow"><img border="0" alt="LETAK MAKLUMAT IKLAN" width="125" src="LETAK URL BANNER DISINI" height="125"/></a></center></td> 
</tr> 
</tbody></table> 
<table border="0" bordercolor="#0084ce" cellpadding="2" cellspacing="6" width="265" bgcolor="#ffffff"> 
<tbody> 
      <tr> 
       <td><center><a href="LETAK URL PENGIKLAN" rel="nofollow"><img width="265" height="37" border="0" alt="Advertise Now!" src="LETAK URL BANNER DISINI" /></a></center></td> 
      </tr>

    </tbody></table>




Jika hendak menjarakkan ruangan diantara iklan tadi ubah width="265".Saiz asal minimum adalah 265,dan anda boleh besarkan lagi saiznya. Nota:Jika ingin menambah lagi misalnya kepada 6 iklan tambahkan lagi kod berikut dibawah

 </tbody></table>

 <tr>
<td><center><a href="LETAK URL PENGIKLAN" rel="nofollow"><img border="0" alt="LETAK MAKLUMAT IKLAN" width="125" src="LETAK URL  BANNER DISINI" height="125"/></a></center></td> 
<td><center><a href="LETAK URL PENGIKLAN" rel="nofollow"><img border="0" alt="LETAK MAKLUMAT IKLAN" width="125" src="LETAK URL  BANNER DISINI" height="125"/></a></center></td> 
</tr> 


Menu bar tanpa hack template

Ini adalah cara yang ringkas untuk meletak menu bar melintang pada blog.Kebanyakkan menu bar diletakkan dengan kita perlu mengubahsuai pada template dengan meletakkan kod padanya.Tapi untuk menu bar ini cukup meletakkannya pada add gadget.

Daripada paparan blog anda klik pada customize - Page Elements - Add a gadget - HTML/JAVASCRIPT
| <a href= "http://namabloganda.blogspot.com/pagename">label </a> |  

kod ini adalah sebagai mana cara anda masuk masukkan link pada blog.Tanda garis menegak yang ada pada link tu terletak sekali dengan butang pada butang backslash(\) pada keyboard. Tujuan nya adalah untuk meletak pembahagi antara ruang seperti: HOME | CONTACT |

setelah meletak kod tadi,jangan lupa save terlebih dahulu.selepas itu seret dan letakkan dibawah header

Cara diatas cuma teks sahaja dan tidak nampak macam butang navigasi.untuk lebih menarik sedikit kita boleh gunakan dalam bentuk table.Cara membuat table ini ada saya terangkan dalam entri sebelum ini. contohnya seperti dibawah ini.

masukkan kod ini:

<table border="1" style="width: 300px;"><tbody>
<tr bgcolor="#e0f8e0">
<td align="center" ><a href="URL 1">tab 1</a></td>
<td align="center"><a href="URL 2">tab 2</a></td>
<td align="center"><a href="URL 3">tab 3</a></td>
 (boleh ditambah dibawah ini jika ada lagi link hendak dimasukkan)
</tr></tbody></table>


Selamat mencuba.

membuat 'auto hide' Navbar

Terdapat cara lain untuk menghilang Navbar pada blog anda selain dari menghilangkan terus.Kita juga boleh membuat Navbar tersebut menjadi Auto Hide (muncul bila diletakkan pointer pada nya).Cara ini tidak menyalahi peraturan Blogger kerana masih terdapat navbar lagi.Jika anda berminat dengan navbar ini ikuti langkah berikut.

1.Klik pada Dashboard,dan pilih Edit HTML.
2.Kemudian carilah kod berikut
body { 
 

body {
                                      
font: 100% Arial, Helvetica;
background: #000000;
color: #333; }

3.Letakkan Kod berikut di atas kod tadi.

#navbar-iframe{opacity:0.0;filter:alpha(Opacity=0)}

#navbar-iframe:hover{opacity:1.0;filter:alpha(Opacity=100,
FinishedOpacity=100)}

menjadi seperti ini:

#navbar-iframe{opacity:0.0;filter:alpha(Opacity=0)}
#navbar-iframe:hover{opacity:1.0;filter:alpha(Opacity=100,
FinishedOpacity=100)}

 body {
font: 100% Arial, Helvetica;
background: #000000;
color: #333; }

4.Kemudian klik save template
5.Lihat blog anda kembali untuk melihat tampilannya.

Letak widget navigasi halaman


Widget navigasi halaman ini adalah alternatif bagi bagi recent posts,older post dan home .Terletak dibahagian bawah blog.Saya rasa cara ini lebih mudah sebab tidak perlu salin kod pada template,cuma letak kod pada add gadget sahaja.Kalau letak kat template ni,susah sedikit hendak mencari kod tempat dimana ia perlu diletakkan dan ada setengah tidak menepati dengan template yang ada. Untuk membuatnya ikuti langkah langkah berikut:

Masuk ke akaun blogger Anda dan pergi ke Design> Page Element kemudian klik pada Add a Gadget kemudian pilih HTML/JavaScript

Pada widget HTML/Javascript tersebut masukkan kod berikut:


Sesudah memasukkan kod tadi pada widget,klik dan seret widget HTML/Javascript tadi pada kedudukan dibawah blog post anda.


Cara pasang kod warna pada blog


Kod warna adalah penting bagi kemudahan menukar warna semasa membuat posting.Jika anda ingin meletakkan kod warna pada blog seperti anda.



Ikutilah langkah berikut:
1.Masuk ke blogger dan klik pada Design
2.Klik pada Page Element dan pilih add gadget
3.Pilih HTML/ Java script.
4.Masukkan kod dibawah ini.


5.Kemudian save

6.kemudian buat satu posting baru dan masukkan kod ini:

7.Kemudian klik publish.

Meletakkan warna background berbeza pada komen

Selalunya komen antara pemilik blog dan pengunjung mempunyai paparan yang sama. Oleh itu agak sukar untuk melihat yang mana satu komen oleh pengunjung dan komen oleh admin sesuatu blog.Disebabkan itu biasanya pemilik blog meletakkan paparan warna background yang berbeza bagi jawapan untuk pengunjung. Oleh sekiranya anda ingin meletakkan paparan kotak komen berbeza dan belum tahu caranya, ikutilah langkah dibawah ini.

Pada blog anda pilih Layout Klik edit html.
Klik pada Expand template widget.
Cari kod yang seakan di bawah ini, kemudian tambahkan kod
yang berwarna merah.

/* Comments ----------------------------------------------- */
#comments h4 {
margin:1em 0;
font-weight: bold;
line-height: 1.4em; text-transform:uppercase;
letter-spacing:.2em;
color: #999999;
}
#comments-block {
margin:1em 0 1.5em;
line-height:1.6em;
}
#comments-block .comment-author {
margin:.5em 0;
}
#comments-block .comment-body {
margin:.25em 0 0;
}
#comments-block .comment-footer {
margin:-.25em 0 2em;
line-height: 1.4em;
text-transform:uppercase;
letter-spacing:.1em;
}
#comments-block .comment-body p {
margin:0 0 .75em;
}
.deleted-comment {
font-style:italic;
color:gray;
}
#blog-pager-newer-link {
float: left;
}
#blog-pager-older-link {
float: right;
}
#blog-pager {
text-align: center;
}
.feed-links {
clear: both;
line-height: 2.5em;
}
.admin-comments{
background:#00CC33;(tukarkan kod warna background disini jika ingin mengubah warna)
border:3px solid #FF9966;
padding:5px; 

}


kod berwarna merah diatas ini adalah yang perlu anda tambahkan.Boleh juga diletakkan diatas kod

]]></b:skin>

Kemudian cari kod dibawah ini dan tambahkan juga kod yang berwarna merah.

<data:comment.author/>
</b:if>
<data:commentPostedByMsg/>
</dt>
<b:if cond='data:comment.author == data:post.author'>
<dd class='admin-comments'>
<p><data:comment.body/></p>
</dd>
<b:else/>
<dd class='comment-body'>
<b:if cond='data:comment.isDeleted'>
<span class='deleted-comment'>
<data:comment.body/>
</span>
<b:else/>
<p>
<data:comment.body/>
</p>
</b:if>
</dd>
</b:if>
<dd class='comment-footer'>


Nota:Kod yang berwarna merah perlu anda tambah Kemudian klik preview,jika tiada masaalah ,jangan lupa klik butang save