Jumaat, 4 Januari 2013

CARA MEMBUAT FAKE LOGIN UNTUK HACK FACEBOOK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1MALAYSIA KEPADA SEMUA.INI ADALAH FIRST TUTORIAL UNTUK BLOG INI.SEBARANG SILAP DAN CACAT SILALAH TEGUR,TANPA MEMBUANG MASA JOM KITA MULAKAN.



Sebelum memulakan tutorial ini....anda mesti tahu dulu maksud phishing.mana bole main redah je kan?hehe "Phishing" itu ialah social engineering, untuk mencari data yang seharusnyabersifat rahsia.Ia satu bentuk penipuan yang dicirikan dengan pencubaan untuk mendapatkan informasi mangsa, seperti kata laluan dan email/username sesebuah account mangsa.ia dilakukan dengan menyamar seperti orang dari syarikat yg dipercayai dan menghantar link ke halaman palsu kepada mangsa.mangsa kemudian disuruh untuk mengisi maklumat2 mangsa di dalam halaman palsu itu.setelah selesai dan mangsa menekan butang login atau submit,secara automatik penipu itu akan mendapat segala maklumat mangsa yg diisi.phishing diambil dari perkataan 'fishing'(memancing).



1. Download dulu Script Fake Login Facebook nya  DOWNLOAD


2. Ekstrak file versi-i.zip atau versi-ii.zip Nanti akan ada 3 file : index.html save.php save.txt


3. Daftar domain percuma yang suport script php.
ne link website yg suport script php. klik sini

setelah selesai buat akaun di idhostinger

4. msuk ke kontrol panel.

5.msuk ke file manager 3. pilih public_html

6.klik upload ,, upload script yg korang download tadi





9. Pada tombol upload yang berderet klik pada urutan pertama lalu nanti kamu akan di bawa ke Folder yang ada di HP kamu. kemudian Pilih index.html Setelah itu lanjutkan dengan mengUpload save.php dan save.txt pada deretan ke-2 dan ke-3 Jika sudah selesai klik Upload pada bagian bawah Tunggu sampai proses upload selesai.


10. Setelah file berhasil terupload, kembali ke public_html dan cek apakah sudah ada 2 file yang tadi anda Upload. jika sudah maka Fake Login sudah siap di gunakan.

11. Cek hasilnya dengan mengunjungi URL: contoh: http://facebukan.16mb.com

12. Cek juga apakah script berjalan lancar. Caranya dengan login ke Halaman Fake Login Facebook kamu. Pake e-mail dan password sembarang saja! Misalnya: E-mail : Imhackerfb@gmail.com Password : Anaxautis

13. Klik Login

14. Masuk lagi ke Wap ftp dan klik public_html dan pilih nama file: save.txt

15. Klik edit. Dan jika di dalam nya muncul data seperti ini: Email : Imhackerfb@gmail.com Password : Anaxautis Login 07 July, 2012 08:00am +++++++++++++++++++ berarti script berjalan dan dapat digunakan


ps/akibatnya tanggung sendiri >pis<

Sabtu, 22 Disember 2012

Petua Menurunkan Berat Badan - Air


Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan 'supplement' atau pembedahan.

Petua turunkan berat badan dengan air kosong

1)Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml = (40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml

contoh pengiraan: Berat badan Ali ialah 75kg. (40 X 75)+ 500 = 3620 ml Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.

2) Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.

contoh: Ali minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ali perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.

Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil 500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.

berikut adalah kelebihan minum air kosong

1) Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang. 2) Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak. 3) Mengatasi masalah sembelit dan buasir.

Petua Mengubati Bisul


Untuk mengubati bisul, bolehlah cuba mana-mana petua di bawah:

1) Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.
2) Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.
3) Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.
4) Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

Petua Membersih dan Mengilatkan Cermin


Cubalah salah satu petua berikut untuk membersih dan mengilatkan cermin muka di rumah.

1) Masukkan satu sudu cuka dan sedikit air di dalam bekas penyembur. Sembur cermin dengan air cuka dan lap dengan kain lembut yang tidak berbulu hingga berkilat.

2) Basahkan sehelai surat khabar. Tabur sedikit bedak pada surat khabar dan gunakannya untuk mengelap cermin. Ulang beberapa kali sehingga puas hati.

Petua Berhenti Merokok


Mahu berhenti merokok? Lakukan amalan berikut... InsyaAllah berjaya...

 1. Melengah-lengah Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti” setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok. 8. Memohon Doa Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

Petua Hilangkan Bau Mulut / Petua Hilangkan Nafas Berbau


Anda menghadapi masalah mulut berbau / nafas berbau ? Perkara ini memang membuatkan kita berasa malu unuk bercakap dengan orang ramai. Cubalah amalkan mana-mana petua mudah di bawah ini, insyaAllah dapat mengatasi masalah mulut berbau / nafas berbau dengan berkesan.

1) Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

2) Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga 3/4 tinggi periuk Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarka sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

3)Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam seama 5 minit. Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.

4) Ambil beberapa helai daun sirih. Ramas hingga keluar jusnya. Masukkan ke dalam air kosong dan kacau hingga sebati. Tapis dan minum. Amalkan setiap hari

5)Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam segelas air suam. Biarkan selama 5 minit dan kumur dengan air itu. Amalakan 2 kali sehari setiap hari.

6)Kunyah sebatang kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam.

Petua Hilangkan Bau Badan - Petua Orang Tua


Bau badan yang tidak menyenangkan amat memalukan. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Hampas Teh Gosok hampas teh yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 15 minit dan kemudian mandi. Amalkan 3 kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau dengan Badan Hampas kelapa Gosok hampas kelapa yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Beras Ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan campurkan dengan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas atau mandi.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Tawas Ambil seketul tawas dan gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari. atau Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras dan gaul rata. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan semalaman. Kemudian bilas atau mandi. Amalkan setiap hari sehingga berpuas hati.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Daun Sirih dan Daun Nanas Muda Rebus sama banyak daun sirih dan daun nanas muda bersama dengan sedikit garam sehingga air rebusan menjadi separuh. Minum air rebusan ini setiap hari selama seminggu dan rasailah hasilnya.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Timun Muda Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Serai Wangi, Daun Jambu, Daun Lengkuas dan Daun Pandan Ambil secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan air sehingga terendam sepenuhnya. Rebus sehingga mendidih. Campurkan air rebusan dengan sebaldi air bersih. Jadikan air ini sebagai bilasan akhir ketika mandi. Amalkan tiga kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Batang Pokok Kantan Potong batang pokok kantan pendek-pendek dan tumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih. Gunakan air rebusan sebagai air mandian. Bilas akhir mandian dengan air bersih biasa.