Sabtu, 22 Disember 2012

Petua Merawat Bengkak Gusi Sakit Gigi Dan Pecah Mulut


Kebiasaannya apabila berhadapan dengan masalah sakit gigi, adakalanya ada segelintir daripada kita akan mendapati gusi menjadi bengkak dan kelihatan merah-kemerahan. Punca terjadinya gusi bengkak itu lazimnya disebabkan kekurangan vitamin C atau kurang menggosok gigi yang akhirnya mengakibatkan infeksi. Moralanya selalulah mencuci gigi dan mulut anda.

Ada juga individu yang tidak menyedari gusinya bengkak walaupun tidak berasa sakit. Namun, jika dibiarkan berlarutan tentunya akan menyebabkan rasa amat tidak selesa terutama waktu hendak menjamu sebarang makanan.
Petua pertama : Yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah gusi merah dan bengkak ialah dengan berkumur dengan air garam atau menyapu gusi yang kelihatan bengkak dengan garam untuk meredakan keadaan.

Petua kedua : Berkumur dengan air kunyit. Caranya ialah rendam kunyit hidup dan gambir dalam air panas yang mendidih. Biarkan beberapa ketika agar air rendaman itu menyejuk dengan sendiri. Bila dah agak suam-suam kuku tu berkumurlah dengan air rendaman tersebut sebanyak dua atau tiga kali sehari. Biasanya dalam tempoh tak sampai seminggu bengkak pada gusi tu akan beransur surut dan sembuh. Petua diatas sesuai juga bagi mereka yang sedang mengalami sakit gigi. Sumber : Melayukini.net

AAP - Setiap penyakit tentu ada ubatnya berusahalah... insyaallah akan sembuh dengan izinnya jua.

Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan